Wednesday 2 October 2013

TOPIK 13 - PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH :
1.Rasional
2. Ciri-ciri
3. Prinsip
4. Aspek Penilaian

Rasional Penilaian Berasaskan Sekolah:
Penilaian Berasaskan sekolah dapat mengesan perkembangan murid secara menyeluruh. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan muird-murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa. Boleh membantu guru mengetahui kenberkesanan pengajaran guru. Seterusnya, guru boleh merancang dan mengubahsuai pengajarannya. Guru juga dapat menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta selepas membuat Penilaian Berasaskan Sekolah.

Ciri-ciri Penilaian Berasaskan Sekolah:
Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan di sekolah. Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembanga Peperiksaan Malaysia.
Penilkaian Berasaskan Sekolah terbahagikan kepada 2 bentuk format pentaksiran iaitu:
1. Kerja kursus/ PEKA:
Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran. Dokumen pentaksiran adalah dibekalkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. LPM/JBN/PPD yang melantik pemantau atau penyelaras. Penskoran dan pelaporan dibuat oleh sekolah. Kemudian pemarkahan dihantar kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia. Sijil dikeluarkan oleh sekolah.
2. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah:
Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagai konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. Lembaga Peperiksaan Malaysia yang membekalkan panduan. Pemantau/penyelaras dilantik oleh LPM/JPN/PPD. Penskoran dan pelaporan dibuat oleh sekolah. Sijil juga dikeluarkan oleh sekolah.
3. Projek:
Calon melaksanakan tugasan di sekolah.LPM membekalkan panduan. LPM/JPM/PPD melantih pemantau/penyelaras. Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah.Markah dihantar kepada JPM. Sekolah mengeluarkan sijil.
4. Modul.
Calon ditaksir kompetensinya mengikut spesifikasi. LPM membekalkan modul pentaksiran sebagai panduan.LPM/JPM/PPD melantik pemantau/penyelaras. Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah.Markah dihantar kepada JPM. Sekolah mengeluarkan sijil.
5. Ujian Lisan Berasakan Sekolah (USBS)
Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagai konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. LPM membekalkan panduan. LPM/JPM/PPD melantih pemantau/penyelaras. Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah.Markah dihantar kepada JPM. Sekolah /LPM mengeluarkan sijil.

Prinsip-prinsip Penilaian Berasaskan Sekolah:Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada beberapa perancangan berikut:
Murid akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran , siapa yang terlibat dalam pentaksiran pemilihan atau pembinaan instrument pentaksiran, penskoran,pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kapada Panduan Penilaian Berasaskan Sekolah bagi matapelajaran berkenaan.
Ditadbir di peringkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens.
Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.
Dilaporkan di peringkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar.
Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh paraturan penggredan yang telah dibina.
Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Dimoderasikan pula merujuk kepada usha memastikan tiap-tiap murid ditaksir berdasarkan perkara yang sama. Mekanisme penyelaraskan dan pemantauan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan skor pentaksiran bagi menjamin kualiti.
Mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan . Kesahan merujuk kepada perkara yang ditaksir itu relevan dan terangkum dalam Huraian Sukatan Pelajaran. Kebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu tepat dan tekal. Kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran ini dipastikan melalui pelaksanaan mekanisme penyelarasan dan pemantauan.
Pelaporan positif. Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan murid dan ini boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Aspek Penilaian Berasaskan Sekolah:
Dalam Penilaian Berasaskan Sekolah, aspek-aspek yang dinilai ialah:
1. Daya kreatif. Contohnya: mereka cipta, melukis.
2. Kemahiran proses sains, Contohnya: memerhati, membuat inferens.
3. Perlakuan dan amalan nilai. Contoh: membantu, berdikari.
4. Sikap. Contoh: bersemangat untuk belajar, gigih bekerja.
5. Kesihatan dan kecergasan. Contoh: sihat, cergas dan aktif.
6. Kemahiran kinestetik. Contohnya: bersukan, bergerak secara kreatif.
7. Bakat dan minat. Contohnya: Kesungguhan membuat sesuatu,kelebihan dalam sesuatu bidang

TOPIK 12 - PENILAIAN BAHASA BERASASKAN PROJEK


  1. BROSUR
  2. IKLAN
  3. POSTER
  4. LAMAN WEB
  5. POWER POINT

BROSUR :
Definisi Brosur:
Brosur ialah risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu.

Rubrik Penilaian Brosur:
1. Lemah (0-5)
2. Sederhana(6-8)
3. Cemerlang(9-10)
Kreativiti dan keaslian:
1. Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat)
2. Mempunyai kekreatifan dan keaslian.
3. Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum.


Fungsi:
1. Reka bentuk dan paparan yang salah.
2. Reka bentuk dan paparan brosur yang betul tetapiu kurang menarik.
3. Reka bentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar.
Tatabahasa:
1. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah.
2. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik tetapi masih perlu diperbaiki.
3. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik , jelas dan tidak mengandungi kesalahan.
Ilustrasi:
1. Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi.
2. Menggunakan ilustrasi sekadar mencukupi syarat.
3. Menggunakan ilustrasi yangpelbagai, menarik dan sesuai.


IKLAN:
Maklumat atau pemberitahuan maklumat kepada orang ramai melalui surat khabar,televisyen, radio dan sebagainya.
ASPEK YANG DINILAI:
Dari segi penyampaian:
-surat khabar
-televisyen
-radio


POSTER:
Notis atau gambar yang mengandungi maklumat atau pemberitahuan yang kebiasaannya ditampal pada dinding.




LAMAN WEB:
Dokumen elekteronik pada paparan skrin komputer yang kebiasaannya mempunyai teks, grafik, bunyi dan sebagainya tentang sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu yang dapat dicapai melalui internet.



POWER POINT
Definisi Power Point:
Micrasoft Powerpoint adalah pakej persembahan grafiks yang lengkap. Ia menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara professional. Melalui kursus asas ini, persembahan akan dapat dibentuk dengan menghasilkan dari slaid pertama hinbgga slaid terakhir dengan mendedahkan ciri-ciri tambahan persembahan seperti “background format”, “drawing” ,”colour”, “transitions” dan “animations”, “drawing tools” dan ciri-ciri pengawalan masa, yang mana akan memudahkan seseorang untuk menjadi pengenali persembahan yang professional.
Matlamat Power Point ialah menggalakkan pelajar dan guru menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang bersifat empatan dan membanyakkan bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan ICT.
Objektif Power Point ialah merangsangkan para pelajar dan guru mencipta bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan ICT . Selain itu, menjalinkan kerjasama antara pelajar dan guru.
Ciri-ciri Power Point :
Pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan power point mestilah berdasarkan tajuk pengajaran yang dipilih berdasarkan pelajaran semasa.
Bahan yang dipertandingan mestilah mengikut kriiiiteria seperti berikut:
1. Hasil ciptaan sendiri.
2. Berkonsepkan pembelajaran kendiri.
3. Berasaskan windows.
4. Interaktif.
Aspek Penilaian Power Point adalah seperti berikut;
1. Warna , pengurusan ruang yang kreativiti.
2. Keberkesanan kesinambungan persembahan.
3. Ketepatan isi kandungan.
4. Kelengkapan laporan.
5. Cara penyampaian maklumat.
6. Keistimewaan persembahan.
7. Hasil ciptaan persembahan multimedia yang terpilih akan direkodkan dalam CD.
8. Masa terhad untuk persembahan.

TOPIK 11 - PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN (definisi & ciri)

PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN :-Definisi
-Ciri-ciri
Definisi Penilaian Pengalaman Pembelajaran:
Penilaian pengalaman pembelajaran merupakan suatu kegiatan untuk mendapat informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan. Dalam penilaian ini termasuk proses pembuatan keputusan tentang kedudukan dan persembahan peserta didik. Maksudnya penilaian ini merupakan kegiatan yang terancang untuk mengukur keefektifan suatu system pendidikan secara keseluruhan.
Penilaian pengalaman pembelajaran adalah suatu usaha untuk mendapat berbagai informasi secara berkala, berkesinambungan dan menyeluruh tentang proses dan hasil dari pertumbuhan dan perkembangan yang telah dicapai oleh anak didik melalui program kegiatan belajar.
Penilaian pembelajaran yang telah dikerjakan telah berhasil/ belum melalui suatu alat pengukuran yang dapat berupa tes ataupun non tes.
Penilaian perkembangan merupakan salah satu cara guru mengetahui hasil belajar, intelegensi bakat khusus, minat, hubungan social ,sikap dsan kepribadian siswa atai peserta didik.
Ciri-ciri Penilaian Pengalaman Pembelajaran:
1. Kaedah Jigsaw
2. Kritikan Terbuka
3. Penilaian Rakan Kumpulan.(PRK)

Kaedah Jigsaw
Kaedah jigsaw merupakan satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan pelajar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran mendengar,penyampaian dan pemikiran kreatif (Felder dan Brent , 2004) . Ini telah terbukti keberkesanannya seperti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al(2006).
Menurut Hafizah Husain et al(2006) kaedah jigsaw menekankan lima perkara dalam perlaksanaanya.
1. Pergatungan secara positif.
2. Tanggungjawab.
3. Interaksi secara terus seperti bertentang mata.
4. Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian.
5. Penilaian kendiri secara berterusan.
Kritikan Terbuka
Kritikan Terbuka membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ianya juga sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop).
Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama lima minit kepada rakan-rakan kelas. Pelajar akan diberi topic yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu atau mengenai tugasan yang telah diberi.
Seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar akan diberi markah berdasarkan lima perkara:
1. Intinasi dan kejelasan suara.
2. Keyakinan diri dikhalayak ramai.
3. Kelancaran bahasa.
4. Penampilan.
5. Maklum balas terhadp soalan yang diterima.
Komen dari panel aakan disampaikan kepada pelajar untuk kelemahan yang ada. Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah. Secara tidak langsung juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi awam di kalangan pelajar.
Penilaian Rakan Kumpulan.(PRK)
Penilaian Rakan Kumpulan adalah satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama. Penilaian ini digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar.
Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmenpelajar dalam menyiapkan kerja kursus.
Rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain kerana kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka.

TOPIK 10 - PENILAIAN AKTIVITI BAHASA

• Forum
• Debat
• Pidato
• Pantun
• Sajak
• Ceramah
• Syarahan


A) AKTIVITI SYARAHAN

1. Aktiviti jenis ini berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai :
(a) Kata alu-aluan/pendahuluan
(b) Kata-kata penghadapan
(c) Isi
(d) Penutup
2. Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu
disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.
3. Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta
contoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi
sampingan.
4. Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan
untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan
5. Yang berikut merupakan langkah-langkah yang boleh diikuti untuk
menghasilkan sesuatu syarahan.

Peringkat
Langkah/Kemahiran
Persediaan
• Memahami tajuk dan kehendak soalan.
• Mengumpulkan idea / isi-isi penting
tentang tajuk syarahan
• Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan

Penulisan
• Menulis perenggan pendahuluan
• Mengembangkan isi-isi secara
Tersusun
• Menyatakan kesimpulan/penegasan
dalam perenggan penutup
Penyemakan
• Menyemak ejaan dan tanda baca
• Menyemak tatabahasa
• Menyemak jumlah perkataan


B) PANTUN
· Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi lisan yang bersifat peribumi.
· Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, dalam bentuk kias ibarat, usik mengusik,uji menguji di kalangan masyarakat.
· Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.
· Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud “umpama” dan “ibarat”
· Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan.
· Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang.
· Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris.

1. CIRI-CIRI PANTUN
· Bentuk yang unik iaitu sifatnya yang profan
· Bahasa bebas dari pantang larang
· Mudah dicipta dan lebih akrab dengan masyarakat bawahan.
· Unsur-unsur persekitaran menjadi ilham


C) SAJAK
· Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas bentuknya daripada puisi tradisional seperti pantun dan syair.
· Rangkap dan temanya tidak terhad dan bebas.
· Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.
· Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak.
· Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.

D) CERAMAH
· Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar.
· Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton.
· Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan.

1. JENIS-JENIS CERAMAH
· Ceramah agama
· Ceramah pendidikan
· Ceramah kesihatan
· Ceramah kesedaran dan sebagainya

E) FORUM
§ Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk, di mana ia dijalankan secara formal.
§ Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai di mana pelajar berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara lansung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran yang jelas, objektif, kreatif dan rasional.
§ Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti.
§ Dalam sesi forum, soalan daripada penonoton boleh diajukan kepada panel untuk mendapat ulasan selanjutnya.

F) DEBAT
ü Debat ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea berterusan.
ü Terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat masing-masing sama ada pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk perdebatan dan pihak kedua sebaliknya.
ü Huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta serta contoh daripada maklumat yang kukuh dan bernas.
ü Setiap pihak haruslah yakin dan sentiasa menegakkan fakta yang diutarakan berdasarkan tajuk yang diberikan.
ü Sekiranya pihak pencadang sedang memberi hujah dan didapati hujah tersebut menggugat fakta atau fakta yang diberikan tidak dianggap tidak sesuai maka pihak pembangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk memperbetulkan fakta yang telah diutarakan.
ü Setelah selesai setiap daripada ahli dalam kumpulan membentangkan hujah mereka, maka sesi pengulasan dibuat untuk mendapatkan kesimpulan fakta daripada ahli-ahli yang sudah mengutarakan hujah mereka.
ü Masa yang diberikan untuk sesi perdebatan ditetapkan. Markah tidak diambil kira sekiranya terdapat lebihan masa digunakan.

G) PIDATO
v Mengandungi huraian isi-isi enting yang melibatkan fakta-fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan.
v Interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujah di depan pemidato.
v Berpidato bukanlah bermaksud membaca sebaliknya menerangkan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.
v Ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana ada fakta beserta contoh yang diberikan.

TOPIK 9 - PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA

PENILAIAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
PENILAIAN KEMAHIRAN LISAN

Penilaian lisan dibuat untuk mendapatkan maklumat hasil interaksi antara;
  • Pelajar dengan pelajar
  • Pelajar dengan guru
  • Pelajar dengan bahan pembelajaran

ASPEK LISAN YANG DINILAI
  1. Kefahaman konsep
  2. Pengetahuan fakta
  3. Pemikiran peringkat tinggi
  4. Kecekapan mendengar
  5. Penggunaan bahasa yang tepat
  6. Kecekapan matematik
  7. Gaya persembahan
  8. Kelancaran berbahasa
  9. Pertuturan dan sikap

Dalam waktu pengajaran dan pembelajaran, aktiviti penilaian perlu dilakukan oleh guru untuk mendapatkan maklum balas bagi aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh murid. Penilaian yang dimaksudkan bukan hanya dalam bentuk formal, tetapi lebih merupakan penilaian yang berterusan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan seperti;
  • Aktiviti berbual
  • Aktiviti bercerita
  • Aktiviti berlakon
  • Aktiviti berpuisi
  • Aktiviti bercakap berdasarkan gambar

Penilaian Kemahiran Bertutur
Ujian bertutur boleh dilakukan melalui;
Tugasan dalam ujian bertutur

  1. Memadankan
  2. Menyusun dan melengkapkan
  3. Menyelesaikan masalah
  4. Berinteraksi
  5. Simulasi
  6. Projek

Pengendalian Ujian Bertutur
a) Ujian secara berkumpulan

  • Terdiri daripada 4 - 6 orang murid
  • Panjang masa perbualan tidak lebih daripada 30 minit
b) Ujian secara individu
  • Panjang masa menguji yang sesuai
  • Dilaksanakan secara ringkas
PEMARKAHAN KEMAHIRAN BERTUTUR
PERINGKAT
MARKAH (100%)
GRED
CEMERLANG
90 -100
A+
SANGAT BAIK
75 – 89
A
BAIK
65 – 74
B
LULUS
50 – 64
C
LEMAH
30 – 49
D
SANGAT LEMAH
0 – 29
E


PENILAIAN KEMAHIRAN MEMBACA

  1. Proses membaca dapat dirumuskan sebagai perlakuan yang kompleks. Hasil pembacaan ialah pemahaman perkara yang telah dibaca daripada pengecaman dan penyebutan huruf-perkataan dan ayat.
  2. Penilaian pengajaran kemahiran membaca antara lain ialah;
  3. Membolehkan pelajar mengenal huruf, menyebut nama huruf, menyebut perkataan yang dibentuk daripada jalinan huruf-huruf.
  4. Guru dapat melatih pelajar membaca dengan sebutan, nada dan intonasi yang betul berdasarkan teks yang dibaca.
  5. Guru melatih pelajar membaca senyap dan pantas untuk memahami bahan bacaan.
  6. Pelajar dapat memetik isi-isi penting bahan yang dibaca dengan cepat, pantas, tepat dan menyatakan semula isi bahan bacaan kepada orang lain dengan menggunakan ayat yang betul dan mudah difahami.
  7. Melalui kemahiran membaca, guru dapat menilai perluasan perbendaharaan kata dalam pelbagai konteks.
  8. Penilaian daripada kemahiran membaca dapat merujuk kepada masa hadapan, iaitu penyelesaian masalah sendiri dan masyarakat.

UJIAN KEFAHAMAN MEMBACA
Menurut Santoz (1976), terdapat 6 peringkat kefahaman membaca yang dapat diuji. Pembahangiannya ini berdasarkan kefahaman membaca bagi bahan-bahan yang bukan bahan sastera.
Spache (1972) pula menyarankan tentang peringkat kefahaman yang berhubung kait dengan bahan bacaan berbentu sastera.

Peringkat Kefahaman Membaca Santoz

  1. Soalan berbentuk mengecam atau mengingat butiran.
  2. Soalan terjemahan.
  3. Soalan berbentuk aplikasi.
  4. Soalan berbentuk analisis.
  5. Soalan berbentuk sintesis.
  6. Soalan berbentuk penilaian.

Peringkat Kefahaman Membaca Spache
Menurut Spache (1972) pula, berikut ialah peringkat-peringkat kefahaman kritis yang dapat diperkembangkan di kalangan murid dengan menggunakan bahan-bahan berbentuk sastera. Peringkat kefahaman ini bolehlah digunakan untuk soalan-soalan kefahaman bahan sastera.

  1. Mencari maklumat.
  2. Mengetahui tujuan pengarang.
  3. Membezakan pendapat dan fakta.
  4. Membuat kesimpulan.
  5. Membuat penilaian.
  6. Melihat propaganda.

Bacaan secara kritis yang disarankan oleh Spache ini penting kerana membolehkan murid mencapai peringkat kefahaman yang lebih mendalam dan berfikir secara kritis.

PENILAIAN KEMAHIRAN MENULIS
Penilaian penulisan dilakukan dengan menilai :
  • Karangan
  • Laporan projek/ kerja kursus/ folio
  • Latihan dan ujian bertulis
  • Huraian atau tafsiran data/ jadual, graf atau carta.
KEMAHIRAN YANG DIUKUR DALAM KEMAHIRAN MENULIS
  • Kemahiran menulis
  • Menyusun idea
  • Perbendaharaan kata
  • Mengaplikasi
  • Mentafsir
  • Menilai
  • Mempertahan/ menyokong hujah
  • Menyebar idea/ buat rumusan/ cadangan

TOPIK 8 - KAEDAH PENILAIAN BAHASA

PENILAIAN MELALUI PROJEK

Definisi

· Projek adalah satu kaedah yang mana pelajar menjalankan sesuatu eksperimen atau aktiviti didalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu (Ee. A.M. 1997)
· Ia merupakan sesuatu aktiviti dijalankan oleh pelajar didalam atau diluar bilik darjah dan mereka belajar melalui proses menghasilkan sesuatu

Ciri-ciri Penting

1. Tujuan kaedah projek ialah memperkembangkan daya kreatif pelajar dan meluaskan
pengalaman pelajar semasa menjalankan projek
2. Ia juga membantu pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap positif dalam menghasilkan
sesuatu projek
3. Ia juga dapat memperkembangkan pembelajaran melalui pengalaman melaksanakan
aktiviti
4. Projek yang hendak dibuat hendaklah bermakna dan membawa manfaat kepada pelajar
5. Bahan-bahan yang diperlukan untuk projek hendaklah mudah diperoleh
6. Projek yang sesuai dengan objektif pelajaran
7. Kelebihan kaedah projek ialah pelajar memperoleh kejayaan dan perasaan
Kepuasan jika dapat menyelesaikan projek. Pengetahuan yang di perolehi kekal dan
berkesan.

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
1. Apakah itu pembelajaran berasaskan projek?

· Proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara sistematik/terancang dalam jangka masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan persediaan satu laporan yang betul.

2. Senaraikan ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek?

· Ia boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan.
· Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang siap.
· Mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti.
· Interaksi guru – murid yang berupa bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses.
· Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap.
· Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses maklumat dan
data, dan pelaporan hasil juga refleksi kendiri.
· Sesuai dengan murid dan kurikulum.
· Berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid.

3. Mengapakah pembelajaran berasaskan projek penting dalam sistem pendidikan bestari?

· Mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif di kalangan pelajar yang
pelbagai.
· Menarik minat dan memotivasikan pelajar yang kurang menumpukan perhatian dalam
proses P & P.
· Menolong pelajar dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan.
· Menolong pelajar dalam pembelajaran dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah,
berkomunikasi dan pengurusan kendiri.
· Mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema dan isu-isu komuniti.
· Menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matlamat.
· Memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran dan gaya pembelajaran
yang berbeza.

4. Apakah strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan projek?

· Memberi tugasan mengikut kurikulum.
· Tugasan perlu mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar yang terlibat.
· Menentukan jadual kerja.
· Pastikan bilangan ahli kumpulan kecil.
· Penilaian projek perlu mencerminkan daya usaha setiap pelajar dalam kumpulan.
· Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh projek.
· Penilaian haruslah dilaksanakan sepanjang tempoh projek.
· Pelaksanaan dan perancangan projek haruslah berperingkat.
· Penyediaan JPT dan PMM
· Pembentangan, penyelarasan dan pemurnian projek
· Memastikan pelajar membuat refleksi dari semasa ke semasa sepanjang pelaksanaan
projek

PENILAIAN MELALUI KERTAS KERJA
Kertas Kerja

  • Seperti yang dibincangkan tentang kertas cadangan, kertas kerja juga tidak dapat diberi definisi atau takrifan yang tepat. Pada umumnya kertas kerja ditulis dengan tujuan untuk mengutarakan penghujahan tentang alasan dan bukti yang boleh diberikan untuk mendapatkan sesuatu seperti kelulusan untuk satu peruntukan kewangan (funding) atau kelulusan menjalankan sesuatu projek dan sebagainya
  • Dalam bidang akademia penulisan 'kertas kerja' (academic working paper) pada asasnya tertumpu kepada penghujahan balas kepada sesuatu penemuan atau keputusan daripada sesuatu penyelidikan. Penghujahan sebegini selalunya ialah reaksi atau pendapat seseorang yang berpegetahuan dalam bidang tertentu dan menyatakan penerimaan atau penolakan, persetujuan atau bangkangan terhadap penemuan atau hasil penyelidikan orang lain.
  • Organisasi kertas kerja dengan kertas cadangan hampir serupa. Sungguhpun begitu ada beberapa perkara yang ditambah di dalam kertas kerja. Format kertas kerja untuk mendapatkan kelulusan ditulis berdasarkan tajuk-tajuk berikut:

    a) Pengenalan dan Latar Belakang (sedikit tentang sejarah diberikan, isu dan masalah juga dikemukakan di dalam bahagian ini)
    b) Tinjauan Bacaan (amat digalakkan dimasukkan untuk membuktikan perkara itu boleh/patut dilaksanakan/ diberi melalui contoh/data yang diperolehi daripada pembacaan)
    c) Penerangan yang terperinci (dihuraikan) tentang tujuan kertas kerja seperti memulakan perniagaan, projek, atau program latihan untuk mempengaruhi dan meyakinkan ketua jabatan/jawatankuasa penilai memberi kelulusan
    d) Implikasi Kewangan – berapa banyak yang diperlukan dan bagaimana peruntukan itu hendak dibelanjakan, harus tunjukkan keadaan kos efektifnya
    e) Proses Pelaksanaan (biasanya dalam bentuk kronologi, tunjukkan skedul/jadual pelaksanaan)
    f) Implikasi Pelaksanaan (terhadap kumpulan yang disasarkan dan kewangan agensi itu)
    g) Keputusan dan Perbincangan (sumbangan kepada jabatan, negeri, dan negara, kemukakan hanya yang positif, jangan beri yang negatif)
    h) Penutup (Penegasan semula tentang tujuan kertas kerja ini iaitu kebaikannya)
    i) Bibliografi/Rujukan
    j) Lampiran/Apendiks (Appendix)

TOPIK 7 - KAEDAH PENILAIAN BAHASA

Pemerhatian melalui Kontrak Pembelajaran
ØDikenali juga sebagai perjanjian pembelajaran kontrak yang dibuat antara guru dan pelajar.
ØPersetujuan / kontrak antara guru dengan murid (individu / kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis.
ØIa meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan tugas berkenaan iaitu ;
  • bentuk akhir tugasan dihasilkan - tahap manakah tugasan itu perlu disiapkan.
  • bagaimana tugasan itu akan dilaksanakan - adakah secara individu / kumpulan.
  • jika berkumpulan, bagaimanakah input yang diharapkan dari setiap individu yang terlibat.
  • berapa lama dan bilakah tugasan tersebut perlu disiapkan.
  • konsikuen yang akan diterima oleh pihak yang gagal memenuhi/mematuhi kontrak tersebut.
ØKontrak biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak telah bersetuju dengan syarat-syarat/kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.
ØFungsi kontrak pembelajaran
  • pelajar mengenalpasti dan merekod.
  • menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri.
  • mengenalpasti kaedah2 yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut.
  • menetapkan jangka masa pelaksanaan untuk penghasilannya.
  • menentukan bagaimana dan pada tahap mana pencapaian matlamat pembelajaran / tugasan akan dinilai.
  • membantu pelajar membuat refleksi bukan sahaja pada akhir tugasan tetapi juga pada sepanjang proses kerjayanya iaitu dari awal hingga hasil terakhir.
Penilaian Melalui Soal Jawab
ØIa membawa maksud seorang guru akan dapat menilai murid2nya melalui soal jawab yang dilaksanakan di dalam kelas.
ØSesi soal jawab yang dilaksanakan selepas sesuatu sesi pengajaran dan
pembelajaran bertujuan untuk mengetahui sejauhmanakah kefahaman murid tentang pelajaran yang telah diajar.
ØMelalui soal jawab juga membolehkan guru mengetahui kelemahan murid dalam sesuatu topik / tajuk pelajaran.
ØKemudian, guru akan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut.

TOPIK 6 - KAEDAH PENILAIAN BAHASA

1. Penilaian Melalui Portfolio
2. Penilaian Melalui Pemerhatian

PENILAIAN PORTFOLIO

Pengenalan

Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain bukti pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang menyeluruh. Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir.

Tujuan Portfolio

Sesebuah portfolio diwujudkan adalah untuk:

1. Memberi peluang pelajar mendokumentasi kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan.

2. Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka
secara sistematik.

3. Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat
peribadi.

Kegunaan Portfolio
1. Menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic assessment).
2. Menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan.
3. Menggambarkan keperluan spesifik dalam penyempurnaan gred.
4. Menilai secara sumatif pembelajaran.
5. Menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar

Ciri-ciri Portfolio

1. Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional, matlamat, halatuju, prosedur kerja, pengalaman dan harapan.

2. Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara auntentik. Ini adalah kaedah konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja melalui pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja amali atau kerja-kerja lapangan.

3. Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan, komen, dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran.

4. Membuat catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan membuat refleksi tentang kerja yang dibuat untuk menentukan tindakan susulan.

5. Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan pelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara akti

Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina.

1. Portfolio Kerja Harian
2. Portfolio Hasil Terbaik
3. Portfolio Dokumen

Bagaimana Menilai Portfolio?

1. Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahirankemahiran, pengetahuan dan kefahaman.

2. Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir. Sebagai contoh mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran pelajar yang mempunyai lima tahap perkembangan, seperti di bawah ini.

E 5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan
J 4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru
A 3 Membentuk suku kata
A 2 Menyebut bunyi huruf
N 1 Permulaan mengenal huruf

3. Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti seperti hasil pemerhatian, jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran seimbang (on-balance) tentang tahap pencapaian pelajar.

4. Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk memberi matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.

Aspek-aspek yang perlu dalam sesebuah Portfolio

a. Sesebuah portfolio mengandungi:
b. Senarai semak yang disediakan oleh guru
c. Nota-nota yang disediakan oleh guru
d. Catatan jurnal
e. Buku log
f. Refleksi kendiri murid
g. Gambar dan foto

Kebaikan Penilaian Portfolio
1. Penglibatan murid sepenuhnya dalam pengajajaran dan pembelajaran
2. Guru mendapat banyak maklumat untuk menilai pencapaian muri-murid
3. Merupakan satu cara untuk menilai tahap perkembangan murid-murid
4. Dapat memotivasikan murid-murid dan meningkatkan tahap kefahaman kendiri mengenai tugasan pembelajaran yang diberi oleh guru.



PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN

Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu
yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang
keberkesanan P&P. Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspek
kognitif,afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan
persekitaran.

Jenis Pemerhatian

Berdasarkan tujuan dan aspek yang hendak dinilai:
1. Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.
2. Memerhati apa yang telah dirancang secara ‘open ended’.
3. Memerhati untuk jangka pendek dan uangk panjang.

Strategi Pemerhatian

1. Berterusan mengikut keperluan yang dirancang.
2. Kaedah pemerhatian boleh dilakukan secara global dan analitikal berdasarkan objektif yang ditentukan oleh guru.
3. Guru boleh menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif,psikomotor, bahan dan persekitaran.
3. Menjalankan tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian yang dijalankan.

Pelaksanaan Proses Pemerhatian

Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian.
Antaranya ialah:
a. Kualiti Pemerhatian
b. Bentuk Perancangan
c. Jenis-jenis Pemerhatian


Fungsi Pemerhatian
1. Melihat perkembangan individu atau kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran.
2. Dilakukan oleh pelajar untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran.
3. Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek.

Rumusan.

Anda perlu ingat bahawa pemerhatian memang mudah dilaksanakan tetapi untuk menjamin kesahihan dapatannya agak sukar. Penilaian cara ini biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti daya pengamatan penilai, pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai tentang bidang yang berkenaan, dan sikap bias serta prasangka penilai.

Tuesday 1 October 2013

TOPIK 5 - JENIS PENILAIAN BAHASA


JENIS PENILAIAN BAHASA
 
1.Ujian Formatif
2.Sumatif
3.Ujian Kefasihan
4.Kemajuan
5. Ujian Bakat
6. Pencapaian
Ujian Formatif
Ujian jenis ini dilaksanakan bertujuan untuk menentukan kemajuan pelajar-pelajar dari semasa ke semasa sepanjang pembelajaran mereka. Ujian ini dijalankan semasa kursus diadakan dan tujuannya ialah untuk mempercepatkan proses pembelajaran.
Ujian Sumatif
Ujian sumatif bertujuan untuk mengesan secara menyekuruh taraf pencapaian murid di akhir sesuatu pembelajaran. Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk memberi markah atau gred kepada seseorang murid supaya dapat membandingkannya dengan markah murid lain dalam kumpulannya.


Ujian Bakat

Ujian jenis ini adalah khusus untuk menelah prestasi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya.

 
Ujian Pencapaian

Ujian pencapaian yang juga disebut sebagai ujian sumatif adalah jenis ujian yang diberi setelah kursus tamat dan tujuannya ialah untuk menilai hasil pengajaran. Ia diberikan untuk menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan juga untuk mengukur pencapaian murid secara menyeluruh.

 
Ujian Kefasihan

Untuk kefasihan digunakan untuk menentukan tahap mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa. Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dan pengetahuan dan kebolehan mereka.

 
Ujian Kemajuan :

Ujian Kemajuan digunakan di dalam bilik darjah dan hanya dinilai oleh guru kelas.
Untuk kemajuan bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana pelajar-pelajar telah menguasai bahan/perkara –perkara yang diajar tentang 1 tajuk tertentu.

TOPIK 4 - PEMBINAAN UJIAN

DEFINISI
Soalan objektif merupakan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon.
Soalan objektif juga merupakan satu bentuk instrumen pentaksiran yang menggunakan item objektif. Item seumpama ini sesuai digunakan untuk mentaksir pengetahuan, kemahiran intelektual dan kemahiran berfikir. Ujian jenis ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau paling baik. Apabila sesuatu semakan jawapan dibuat semua pemeriksa akan memberi markah jawapan yang sama.
“Soalan objektif dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa berlainan memperolehi skor yang sama ketika memeriksa tindak balas yang serupa”
(Gronland,1977).
Antara contoh soalan berbentuk objektif:
  • Item jenis pendek
  • Item jenis padanan
  • Item jenis anekapilihan
  • Item kloz

Soalan berbentuk objektif terbahagi kepada dua jenis:
  1. Item respon bebas
  2. Item respon tetap (item objektif pilihan)
Item respon bebas
Item jenis respon bebas memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan sendiri jawapan sendiri. Biasanya jawapan yang ditulis pada hujung soalan. Terdapat juga soalan yang berbentuk melengkapkan penyataan.
Contoh;
1. Apakah lawan bagi perkataan rajin ? ________
2. Kita mesti ______bermain sekarang sebab hujan.


Item respon tetap (item jenis pilihan)
Item respon tetap memerlukan pelajar memikirkan jawapan yang paling betul atau paling tepat. Jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan.
Jenis soalan respon tetap;
1. Format salah betul
2. Padanan
3. Aneka pilihan

Format salah betul
Soalan jenis ini mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dua pilihan sahaja iaitu betul (B) atau salah (S), setuju (S) atau tidak setuju (TS), dan ya (Y) atau tidak (T).
Contoh;
Tandakan sama ada Betul (B) atau SALAH (S) bagi contoh antonim berikut:
1. Hitam – Putih ( )



Padanan
Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan dengan memadankan objek atau perkara yang berkaitan di sebelah kiri atau di sebelah kanan. Bilangan padanan tidak perlu terlalu banyak bagi mengelakkan kekeliruan semasa menjawab. Ayat yang digunakan juga tidak perlu terlalu panjang.
 
Aneka Pilihan
Aneka pilihan tergolong dalam item tetap kerana item jenis ini diberikan tindak balas tetap.
Jenis item aneka pilihan;
1. Berbentuk soalan
2. Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap
3. Jenis jawapan terbaik
4. Analogi
5. Antonim
6. Jenis negatif
7. Mengisi tempat kosong
8. Item jenis campuran
9. Teknik kloz

Terbahagi kepada tiga jenis pilihan:
1. Stimulus (rangsangan) merupakan bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus dimana soalan itu didasarkan, mungkin dalam bentuk teks, grafik, jadual, atau perbualan.
2. Stam merupakan bahagian soalan yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat, ayat tidak lengkap atau soalan.
3. Jawapan pilihan merupakan bahagian soalan yang mengandungi jawapan pilihan yang berbentuk angka simbol, frasa, gambarajah, jadual dan lain-lain.

Perkara berikut harus dipatuhi semasa membina soalan jenis aneka pilihan:
1. Arahan mesti jelas dan mudah difahami.
2. Ayat yang digunakan tidak berbunga-bunga.
3. Jawapan yang disediakan haruslah logik.
4. Elakkan menggunakan perkataan semua di atas betul atau semua di atas salah.
5. Aras kesukaran haruslah setara.
6. Jawapan disusun mengikut urutan abjad atau nombor.
7. Jawapan juga perlu disusun mengikut dari ayat pendek ke ayat paling panjang.
Kelebihan dan Kelemahan Ujian Objektif
Ujian objektif mempunyai beberapa kelebihan dan di antaranya ialah:
a) Ujian ini mempunyai objektif ujian tugas calon dan asas penilaian lebih jelas dan lebih tepat.
b) Ia bebas daripada penyelewengan pemarkahan. Keadilan dari segi pemarkahan tersebut terjamin.
c) Tidak menggalakkan penipuan.
d) Ujian ini mempunyai nilai potensi diagnostik yang tinggi.
e) Ia boleh diskor dengan tepat.
f) Ia juga boleh diskor dengan menggunakan mesin dan tidak memerlukan orang-orang yang terlatih.
g) Pemeriksaan boleh dipercayai.
h) Ujian ini bebas daripada artikulasi verbal. Ia tidak memerlukan kefasihan bahasa.
i) Ia dapat mengukur proses mental yang tinggi.
j) Ia memberi sumbangan kepada sampel isi yang luas.
k) Ia dapat menyumbang kepada cara pengumpulan item yang baik.
Di samping kelebihan dan kebaikkannya ini, terdapat juga kelemahan-kelemahan pada ujian objektif ini:
a) Ia tidak dapat mengukur kebolehan pelajar memilih, mengatur dan membuat sentisis idea-idea dan melahirkannya secara sepadu.
b) Ada kecenderungan menggalakkkan pelajar-pelajar meneka.
c) Semasa menduduki peperiksaan calon terpaksa menggunakan banyak masa untuk membaca dan berfikir.
d) Ujian ini memaksa guru-guru mengambil masa yang banyak untuk menyediakannya. Banyak tenaga yang digunakan.
e) Ia tidak dapat mengukur keaslian.

SOALAN SUBJEKTIF
DEFINISI
Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan dalam instrumen pentaksiran untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan.
Terdapat dua jenis soalan subjektif:
1. Item jenis struktur
2. Item jenis esei
Prinsip pembinaan soalan jenis struktur
Item jenis struktur terbentuk daripada satu atau dua bahagian isi kandungan jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataaan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan. Jenis soalan sebegini mengehadkan isi dan bentuk jawapan. Jawapan yang ditulis biasannya berbentuk pendek dan tidak panjang. Jawapan tidak memerlukan huraian lanjutan.
Prinsip pembinaan soalan jenis esei
Aras kesukaran soalan hendaklah setara. Bahasa yang digunakan tidak perlu berbunga-bunga. Soalan hendaklah jelas dan sesuai dengan aras kemahiran pelajar.
Terdapat dua jenis item esei
  1. Item tindak balas terhad
  2. Item tindak balas lanjutan
Item tindak balas terhad
Item tindak balas terhad membataskan isi dan bentuk tindak balas. Item jenis ini juga dihadkan kepada skop/topik tertentu sahaja. Item jenis ini berupaya mengukur aras kognitif isi yang terbatas.
Item tindak balas lanjutan
Item jenis ini berbeza daripada item tindak balas terhad. Item jenis ini tidak membataskan isi dan bentuk tindak balas. Pelajar akan dirangsang untuk berfikir dan mengaitkan serta mengaplikasikan pengetahuan serta pengalaman yang dipelajari di bilik darjah atau pengalaman sedia ada murid dalam jawapan mereka.
 
Kelebihan dan kelemahan Ujian Subjektif
Seperti ujian objektif, ujian jenis subjektif juga mempunyai kelebihan-kelebihannya yang tersendiri. Antaranya ialah:
a) Ia boleh dibina dengan mudah. Bilangan soalan yang dibina sedikit.
b) Ujian jenis ini berupaya mengurangkan tekaan jawapan.
c) Ia berupaya memberi peluang kepada calon untuk menunjukkan kebolehannya. Mereka boleh memilih aspek-aspek pembelajaran yang paling penting dan wajar, mereka boleh mengelolakan pengetahuannya, mereka boleh mengemukakan pendapat dan sikapnya, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian.
d) Membolehkan calon-calon menggunakan pengetahuan dan kemahiran mereka menghampiri situasi sebenar.
e) Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang samar-samar.
f) Berguna untuk menggelakkan pemikiran pembelajaran pada peringkat atau proses mental yang tinggi.
g) Ia mempunyai potensi untuk mengukur keaslian
h) Tidak menggunakan masa yang banyak untukmenyediakannya.
 
Dari segi kelemahan-kelemahannya pula, ujian ini memperlihatkan:
a) Nilai potensi diagnostik yang rendah
b) Ia cenderung untuk menggalakkan penipuan. Pelajar-pelajar boleh menghafaz karangan dan menuliskannya dalam ujian itu.
c) Tidak boleh diskor dengan mesin. Ia memerlukan orang-orangyang terlatih.
d) Pemeriksaan kurang boleh dipercayai.
e) Tidak dapat menyumbang kepada sample isi yang luas.
f) Ia memerlukan masa yang panjang bagi murid menjawabnya dan bagi pemeriksa memeriksanya. Ia mahal dan membosankan.
g) Tidak bebas daripada artikulasi lisan. Ia memerlukan kefasihan berbahas.