Pemerhatian melalui Kontrak Pembelajaran
ØDikenali juga sebagai perjanjian pembelajaran kontrak yang dibuat antara guru dan pelajar.
ØPersetujuan / kontrak antara guru dengan murid (individu / kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis.
ØIa meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan tugas berkenaan iaitu ;
- bentuk akhir tugasan dihasilkan - tahap manakah tugasan itu perlu disiapkan.
- bagaimana tugasan itu akan dilaksanakan - adakah secara individu / kumpulan.
- jika berkumpulan, bagaimanakah input yang diharapkan dari setiap individu yang terlibat.
- berapa lama dan bilakah tugasan tersebut perlu disiapkan.
- konsikuen yang akan diterima oleh pihak yang gagal memenuhi/mematuhi kontrak tersebut.
ØKontrak biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak telah bersetuju dengan syarat-syarat/kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.
ØFungsi kontrak pembelajaran
- pelajar mengenalpasti dan merekod.
- menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri.
- mengenalpasti kaedah2 yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut.
- menetapkan jangka masa pelaksanaan untuk penghasilannya.
- menentukan bagaimana dan pada tahap mana pencapaian matlamat pembelajaran / tugasan akan dinilai.
- membantu pelajar membuat refleksi bukan sahaja pada akhir tugasan tetapi juga pada sepanjang proses kerjayanya iaitu dari awal hingga hasil terakhir.
Penilaian Melalui Soal Jawab
ØIa membawa maksud seorang guru akan dapat menilai murid2nya melalui soal jawab yang dilaksanakan di dalam kelas.
ØSesi soal jawab yang dilaksanakan selepas sesuatu sesi pengajaran dan
pembelajaran bertujuan untuk mengetahui sejauhmanakah kefahaman murid tentang pelajaran yang telah diajar.
pembelajaran bertujuan untuk mengetahui sejauhmanakah kefahaman murid tentang pelajaran yang telah diajar.
ØMelalui soal jawab juga membolehkan guru mengetahui kelemahan murid dalam sesuatu topik / tajuk pelajaran.
ØKemudian, guru akan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut.
No comments:
Post a Comment