TAKSONOMI BLOOM
Taksonomi
ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma
berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu. ( kamis Dewan Edisi Keempat,
(2005)). Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa
digunakan untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan
objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan,
kesikapan dan psikomotor. Terdapat tiga domain dalam pendidikan iaitu yang
pertama domain kognitif yang melibatkan pemikiran pelajar dimana menekankan
aspek intelektual seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan
berfikir. domain afektif yang melibatkan perkembangan sikap,
perasaan ,emosi, nilai pelajar seperti minat, sikap, apresiasi dan cara
penyesuaian diri. Dan seterusnya adalah domain psikomotor yang melibatkan
perkembangan kemahiran fizikal pelajar.
Domain
Kognitif Taksonomi Bloom merupakan satu aras yang digunakan sebagai elemen di
dalam pentaksiran. Ia pertama kali diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom pada
tahun 1959. Taksonomi di dalam konsep ini bermaksud cabang kognitif iaitu
elemen yang melibatkan otak dan pemikiran manusia. Terdapat enam elemen dalam domain kognitif Taksonomi
Bloom ini. Elemen – elemen tersebut pula telah dibahagikan kepada dua aras
pemikiran iaitu pemikiran aras rendah dan pemikiran aras tinggi. Berikut
adalah hierarki Taksonomi Bloom berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh
Benjamin S Bloom.
Hierarki Taksonomi Bloom
ELEMEN-ELEMEN DALAM ARAS TAKSONOMI BLOOM
ARAS
PENGETAHUAN
Elemen pertama adalah aras pengetahuan iaitu aras
taksonomi yang paling rendah. Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar
untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan yang telah dipelajari. Terdapat
tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini iaitu yang pertama pengetahuan fakta
khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau simbol. Aras yang
kedua adalah pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan,
teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah. Dan aras yang ketiga
adalan pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam
sesuatu bidang contohnya seperti siapa, apa, di mana, bila dan beri. Ciri-ciri
khusus soalan aras pengetahuan ini ialah murid perlu menggunakan proses mental
untuk mengingat semula apa yang telah dipelajari seperti istilah, fakta,
prinsip dan prosedur bergantung kepada apa yang telah diajar oleh guru di dalam
kelas.
ARAS
KEFAHAMAN
Elemen yang kedua ialah
aras kefahaman. Aras ini memerlukan keupayaan murid memberi huraian atau makna
sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga iaitu yang pertama
penterjemahan yang memerlukan murid menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa
menggubah makna asal. Yang kedua adalah mentafsir atau intepretasi iaitu
mentafsir idea dan menerangkan idea atau maksud tersurat dalam ayat sendiri.
Manakala yang ketiga adalah ekstrapolasi iaitu membuat inferens tentang apa
yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang
diberi. Ciri-ciri soalan bagi aras kefahaman adalah seperti membuat
interpretasi mudah dan menunjukkan bukti kefahaman dan dapat menggunakan ayat
dan maklumat untuk diubah kepada bentuk yang baru. Perkataan yang sering digunakan
dalam soalan bagi aras kefahaman ini adalah seperti jelaskan, huraikan,
terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan dan kelaskan.
ARAS APLIKASI
Elemen yang ketiga adalah aras aplikasi. Aras ini menguji
keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum dan prosedur. Aras
ini memerlukan murid benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum untuk
menyelesaikan masalah. Soalan aras aplikasi biasanya memerlukan penggunaan
proses aplikasi mental. Soalan aras ini biasanya melibatkan tiga frasa. Perkataan
yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini adalah seperti selesaikan,
tunjukkan dan susunkan.
ARAS
ANALISIS
Elemen yang berikutnya adalah aras analisis. Aras ini
mengkehendaki murid untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil
dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan
pelajar mengenalpasti unsur – unsur dan struktur. Jenis-jenis aras analisis
adalan yang pertama aras analisis unsur iaitu memerlukan murid menentukan
unsur-unsur. Murid juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia
ada. Aras kedua adalah analisis hubungan iaitu membuat perkaitan bukti dan
hipotesis. Dan yang ketiga adalah aras analisis prinsip iaitu murid perlu
mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan
sesuatu dengan menganalisis tujuan, pandangan dan pendirian. Ciri-ciri soalan
aras analisis ialah soalan tersebut menggunakan proses mental analisis dan
memerlukan pemahaman perhubungan khasnya dengan memecahkan kepada komponen dan
melihat perkaitan antara komponen.
ARAS SINTESIS
Elemen yang kelima adalah aras sintesis. Aras ini
memerlukan keupayaan murid untuk menggabungkan sesuatu struktur yang lebih
jelas. Kategori soalan bagi aras sintesis ini penghasilan satu komunikasi unik
iaitu pembinaan suatu komunikasi di mana murid cuba menyampaikan suatu idea,
perasaan atau pengalaman kepada orang lain. Contohnya kebolehan menulis dengan
susunan dan gaya yang menarik untuk menyampaikan buah fikiran. Kategori yang
kedua adalah penghasilan suatu rancangan atau pelan operasi dan yang ketiga
adalah kategori membina suatu hubungan yang abstrak. Ia melibatkan kebolehan
membina atau membangunkan set hubungan yang abstrak seperti teori, hipotesis untuk
menghuraikan sesuatu fenomena atau mengklasifikasikan fakta. Contohya kebolehan
membuat deduksi berdasarkan maklumat yang diberikan dan dapat membuat suatu
teori daripada data atau faktor yang diberi.
ARAS PENILAIAN
Elemen yang terakhir adalah aras penilaian. Aras ini
menguji keupayaan murid menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu
diketahui. Murid perlu membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil
kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat
dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan
lain-lain. Ciri-ciri khusus aras penilaian ini adalah murid perlu membuat
pertimbangan nilai ke atas sesuatu bahan, idea, kaedah bagi sesuatu tujuan.
Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh mana sesuatu bahan atau kaedah
memenuhi sesuatu kriteria.
Pertimbangan dalam penilaian juga dikategorikan kepada
dua iaitu pertimbangan dari segi bukti dalaman iaitu menilai ketepatan sesuatu,
menggunakan bukti-bukti logik, ketekalan dan lain-lain. Contoh kebolehan
menunjukkan kesilapan-kesilapan dari segi logik dalam sesuatu hujah yang
dikemukakan oleh seseorang. Kategori kedua adalah pertimbangan dari segi
kriteria luaran iaitu penilaian bahan yang merujuk kepada beberapa kriteria
yang dipilih atau yang diingati. Contohnya perbandingan mengenai teori-teori
utama, generalisasi dan fakta mengenai kebudayaan tertentu.
Domain
Krathwohl
Krathwohl
dan rakan-rakan, (1964) adalah antara penyelidik yang julungkali menggunakan
terminologi ‘afektif’ (affective) dalam memperkenalkan satu lagi domain penting
dalam hidup manusia. Ia digunakan sebagai satu lagi objektif pengajaran di
samping aras-aras yang terdapat dalam domain kognitif yang telah diperkenalkan
oleh Bloom dan rakan-rakan pada tahun 1956. Krathwohl mengkategorikan domain
afektif sebagai terdiri daripada; penerimaan (receiving), tindak-balas
(responding), menilai (valuing), menyelaraskan sistem nilai (organizing a value
set), dan mengamalkan sesuatu mengikut sistem nilai yang kompleks
(characterizing by value complex).
Diasaskan oleh, David R. Krathwohl
-Merupakan bidang berhubung dengan
perasaan, emosi dan sikap.
- Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.
- Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.
-Pembelajaran dapat dijalankandengan
berkesan dengan adanya murid yang
dapat membentuk sikap positif.
PENERIMAAN
-Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.
-Tindakan pelajar mencerminkan satu
kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran
yang berhubung dengan domain afektif.
-Konteks pengajaran menekankan
kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat
dan menjawab dengan lengkap.
Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu:
Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu:
(a) Kesedaran - pelajar dikatakan
sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka.
(b) Kesudian untuk menerima -
sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam
satu suasana atau keadaan yang
bermakna dan menarik.
(c) Perhatian yang terkawal atau
terpilih – pelajar membezakan keseluruhan keadaan kepada 2 bahagian atau kepada
bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan
terus memberi perhatian
GERAK BALAS
- Melibatkan diri secara aktif
terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya.
- Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.
- Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.
MENILAI
- Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.
- Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.
- Perlakuan cenderung menjadi konsisten
walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.
ORGANISASI
-Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.
- Apabila lebih daripada satu nilai
dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan.
- Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.
- Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.
No comments:
Post a Comment