1.0 PENGENALAN
Sebelum sesuatu ujian hendak dibina, satu jadual
penentu ujian mestilah dibentuk terlebih dahulu. Jadual ini dikenali sebagai
Jadual Penentuan Ujian (JPU). JPU merupakan satu pelan ujian atau kerangka bagi
satu ujian yang berkenaan. Disamping itu ia juga disebut sebagai test blue print
khas untuk sesuatu situasi yang dibina bagi sesuatu kelas. Bagaimanapun JPU
dibina hanya setelah pembina ujian menetapkan jenis dan kandungan ujian yang
hendak dibina.
2.0 KONSEP JSU
Jadual penentuan ujian (JPU) dan sekarang
dikenali sebagai jadual spesifikasi ujian (JSU), adalah satu senarai objektif
pengajaran dan aras pemahaman yang hendak diuji dan menjadi satu panduan untuk
menghasilkan satu set soalan yang mempunyai item-item soalan. Ia juga menghurai
aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberi panduan untuk
mendapatkan satu sampel item-item soalan.
3.0 FUNGSI JSU
Fungsi utama pembinaan JSU adalah untuk :
☺ mengawal soalan-soalan yang akan dihasilkan
☺ menentukan kesahan dan kebolehpercayaan ujian
☺ menjadi garis panduan kepada penggubal soalan
☺ membolehkan perbandingan dibuat antara satu
ujian dengan ujian yang lain
☺ menentukan pemberatan terhadap bidang/topik
tertentu
☺ membolehkan ujian dibina oleh
penggubal-penggubal lain
☺ menyelaras aras kesukaran ujian
☺ menstabilkan taraf dan mutu ujian
4.0 KEPENTINGAN JSU
• kertas ujian dapat digubal secara sistematik
• kesahan dari segi persampelan sukatan
pelajaran adalah terjamin
• taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang
• ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran
• aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari
tahun ke tahun, walaupun item dibina oleh pembina lain.
5.0 CIRI-CIRI JSU
Ciri-ciri utama JSU ialah :
Ø penentuan tajuk
Ø aras kemahiran yang hendak diuji
Ø paksi menegak adalah tajuk atau isi pengajaran
Ø paksi mendatar adalah kemahiran atau konstruk,
bilangan soalan, dan menentukan kesahan setiap ujian
6.0 PENGGUNAAN TAKSONOMI BLOOM DALAM JSU
Biasanya JPU dibuat berdasarkan Taksonomi Bloom
(1956) iaitu berdasarkan kepada domain kognitif yang disusun mengikut hierarki
yang mengandungi enam aras kesukaran iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi,
analisis, sintesis dan penilaian. Pun begitu bagi mata pelajaran pendidikan
moral JPU dibuat berdasarkan kepada pendekatan-pendekatan pendidikan moral
iaitu pemupukan nilai, bertimbang rasa, rasional, tindakan sosial, perkembangan
moral kognitif, penjelasan nilai dan analisis nilai.
Aras kemahiran domain kognitif Contoh kata tugas
yang boleh digunakan
i. Pengetahuan
Mengingat kembali Takrifkan Padankan
Perihalkan Namakan Lakarkan
Kenal pasti Nyatakan Tuliskan
Labelkan Lukiskan Senaraikan
ii. Kefahaman
Menterjemahkan bahan atau idea daripada satu
bentuk ke bentuk lain, mentafsir bahan atau idea dan merangkakan trend masa
depan Ubahkan Anggarkan Buat Inferens
Anggarkan Terangkan Hubungkaitkan
Tukarkan Cirikan Banding bezakan
Berikan contoh Tambahkan Kelaskan
Ukur Ramalkan Sukat
iii. Aplikasi
Menggunakan bahan atau idea dalam situasi yang
baru dan konkrit Kirakan Hitungkan Tunjuk cara
Jelaskan dengan contoh Ubahsuai
iv. Analisis
Mengasingkan maklumat kepada
komponen-komponennya untuk memahami struktur organisasinya dan perhubungan
antara komponen
Cerakinkan Jelaskan melalui contoh Pilih
Huraikan Kawal pemboleh ubah Asingkan
Kesimpulan Susun mengikut keutamaan
Buat urutan Buat andaian
Selesaikan masalah
v. Sintesis
Menggabungkan komponen-komponen untuk
menghasilkan keseluruhan idea atau struktur yang baru dan kreatif Gabungkan
Buat eksperimen Rancangkan
Ringkaskan Buat analogi Binakan
Rangkakan Buat reka cipta Konsepsikan
Buat gambaran mental Reka bentukkan
vi. Penilaian
Menilai idea/bahan/maklumat/kaedah berdasarkan
kriteria yang spesifik untuk tujuan tertentu Taksirkan Wajarkan Buat keputusan
Tafsirkan Sokong Kritik
Kesan kecondongan
6.0 PROSEDUR PEMBINAAN JSU
Dalam pembinaan JPU, anda perlu membuat empat
langkah, iaitu
(1) mengkaji sukatan pelajaran,
(2) menganalisis objektif pengajaran,
(3) menentukan jenis soalan,
(4) menentukan bilangan soalan.
No comments:
Post a Comment